Posts

Aset digital

 Sekarang ni aku tengah usaha buat beberapa blog untuk dijadikan sebagai aset digital. Sekarang aku fokus menambahkan artikel diblog. Target minimum 300 post. Selepas tu boleh share link diblog orang lain dan google ads. Target blog ada 300 blog. Dah cukup 3 ribu post... Aku iklankan je kan google ads bagi outsource.  Bila dah ada aset digitalnya InsyaAllah income pun akan datang kemudian. Yang penting usaha dan tidak putus asa.

Cuba lagi

 Kali ni dah berpuluh atau dah nak cecah ratus rasenye blog yang aku buat. Umur pun dah cecah 36. Satu aset pun tak ada. Dan banyak benda kajian aku buat semua gagal dan ada juge yang berjaya. Tapi sekadar kejayaan kecil jelah. Tahun 2020 ni bulan Ogos aku nak mula balik projek gile aku. Cubaan kali kedua membuat kertas kecewa. Sekarag ni kalau aku cuba kali ni cubaan untuk kali ketiga.  Idea nak cuba lagi untuk hasilkan kertas bila aku nengok video youtube budak sekolah menengah buat kertas dari batang pokok pisang. Hati ni tergerak kembali nak mencuba kembali.  Perkara pertama aku buat cari info tentang cara buat kertas dari batang pisang. Kertas dari batang pisang ni bagusnya bila kena air ia tahan dan tidak mudah koyak. Itu dia tulislah.  Benda yang kedua aku kena dapatkan frame gambar. Aku ade simpan frame gambar kat atas almari dapur.  Bende ketiga tempat rata simen.  Ni kena beli kat kedai hardware.  Kalau projek ni menjadi boleh buat duit tapi ...